SURAH AL-TAGHABUN
(Hari Diperlihatkan Segala Kesalahan)
Surah ke 64
Terdiri daripada 18 ayat (Madaniyyah)
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang
1. Segala
yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah.
Dialah Yang Memiliki kuasa pemerintahan dan segala pujian. Dia Maha Berkuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
2. Dialah
Yang mencipta kamu; maka sebahagian daripada kamu ada yang kafir dan sebahagian
daripada kamu ada yang beriman. Allah Maha Melihat akan segala yang kamu
kerjakan (serta membalasnya).
3. Dia
mencipta langit dan bumi dengan haq (bertujuan dah berhikmah) serta Dia
menentukan bentuk rupa kamu dan memperelok rupa kamu. Kepada-Nyalah tempat
kembali.
4. Dia
mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi serta Dia mengetahui segala yang
kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan. Allah Maha Mengetahui segala (isi
hati) yang terkandung di dalam dada.
5. Apakah
belum sampai kepada kamu berita orang kafir yang telah lalu? Maka merea merasai
kesan buruk akibat perbuatan kufur mereka. Mereka (pada hari akhirat kelak)
beroleh azab yang pedih.
6. (Balasan)
yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi rasul-rasul (yang
diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu
mereka berkata, “Patutkah manusia (yang seperti kami menjadi rasul untuk)
memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka kufur serta berpaling (daripada
kebenaran) dan Allah tidak berhajat kepada mereka (lalu membinasaka mereka).
Allah sememangnya Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
7. (Diantara
factor kekufuran) orang yang kafir itu (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa
mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan (sesudah mati). Katakanlah :
“Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu
tentang segala yang kamu telah kerjakan.” Yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah (untuk melaksanakannya).
8. Oleh
itu, hendaklah kamu beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya serta kepada
cahaya (al-Quran) yang Kami turunkan. (Ingatlah) Allah Maha Mendalam
Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.
9. (Ingatkanlah)
pada hari Allah menghimpunkan kamu ketika perhimpunan (untuk menerima balasan),
itulah hari dinampakkan kesalahan-kesalahan (dengan mengampuninya) dan
memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.
10. Manakala
orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, maka merekalah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya. Itulah seburuk-buruk tempat kembali.
11. Tidak
ada suatu pun kesusahan (atau musibah) yang menimpa (seseorang) melainkan
dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memberi
hidayah kepada hatinya (lalu menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang
dan sabar). (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
12. Taatlah
kamu kepada Allah serta taatlah serta taatlah kepada Rasul-Nya. Maka jika kamu
berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk),
kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah)
dengan jelas.
13. Allah
itu, tiada Tuhan melainkan Dia. Dengan demikian, kepada Allah jualah orang yang
beriman wajib bertawakkal.
14. Wahai
orang yang beriman! Sesungguhnya ada antara isteri-isteri kamu dan anak-anak
kamu yang menjadi musuh bagi kamu. Oleh itu, berhati-hatilah kamu terhadap
mereka. Sekiranya kamu memaafkan dan tidak memarahi (mereka) serta memaafkan
kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
15. Sesungguhnya
harta dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. Di sisi Allah jualah
pahala yang besar.
16. Oleh
itu, bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu dan dengarlah (akan
pengajaran-pengajaran-Nya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya) dan
nafkahkanlah nafkah yang baik untuk diri kamu. (Ingatlah) sesiapa yang
dipelihara dirinya daripada tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang
berjaya.
17. Jika
kamu memberi pinjaman kepada Allah, dengan pinjaman yang baik (ikhlas seumpama
sedekah), nescaya Allah akan melipatgandakan balasannya kepada kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pembalas jasa (golongan yang berbuat
baik) lagi Maha Penyantun (memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya
bertaubat).