Assalamualaikum & Salam Jumaat.
Semalam saya dah tengok trailer Muhammad Movie Trailer. Saya x tahu nak describe macamana perasaan saya. Sangat kurang ajar!.. Saya rasa bukan hanya masyarakat Islam dunia marah atau yang bukan Islam mengutuk filem tersebut, Bumi dan semesta alam pun turut marah. Tu belum kita tahu macamana Allah marah lagi. Memang betul kita sudah sampai ke akhir zaman. Yang pastinya bala bencana akan Allah berikan kepada kita penduduk bumi.
Saya hanya mampu beristighfar dan saya berdoa, moga Allah akan memberi hukuman setimpalnya kepada mereka yang telah terlibat dalam pembikinan filem tersebut. Tujuan filem tersebut dibuat adalah untuk melihat orang Islam marah & atas dasar politik Israel. Jika kita sebagai umat Islam hanya duduk diam tanpa melakukan apa2, kita tidak cintakan Nabi kita. Kita mungkin x ada senjata berupa senapang atau bom utk memusnahkan mereka, tetapi DOA kita juga adalah senjata untuk menjatuhkan mereka. Lagi2 doa dia hari Jumaat.
Sekian
No comments:
Post a Comment