Wednesday, 23 December 2015

Peribadi dan Akhlak Baginda RASULULLAH SAW


~ Baginda SAW berdoa penuh khusyuk dan air matanya sentiasa berlinang

~ Wajahnya sentiasa ceria dan menyejukan mata yang memandang.

~ Sangat elok dan sempurna Baginda SAW mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir hingga lena.

~ Baginda SAW suka makan secara beramai-ramai dari berseorangan.

~ Bencikan kemegahan dan perhiasan cantik yang melambangkan kesombongan dan kemegahan.

~ Baginda SAW makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.

~ Tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain.

~ Memelihara rambutnya dengan kemas.

~ Memakai serban di atas kopiahnya.

~ Suka membalas hadiah

~ Baginda SAW mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar dan masuk rumah.

~ Baginda SAW sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.

~ Senantiasa menulakan salam kepada yang ditemuinya.

~ Baginda SAW bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.

~ Bila berjabat tangan, baginda SAW tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang yang dijabatnya melepaskan tangannya.

~ Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak, Baginda SAW akan mengangkatkan tangannya tanda hormat kepada mereka.

~ Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.

~ Sangat menghormati orang tua dan orang muda serta kanak-kanak.

~ Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.

~ Tidak pernah menjulurkan kakinya di hadapan para sahabat.

~ Baginda SAW suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.

~ Senantiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.

~ Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya senyum lembut.

~ Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.

~ Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.

~ Amat kasih terhadap umatnya.

~ Tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah SWT melebihi keperluan makan minumnya.

~ Rezeki yang melebihi keperluan, akan ditaburkan untuk jihad 'Fisabilillah'.

~ Senantiasa membantu orang lain walaupun Baginda SAW sendiri menghadapi kesusahan.

~ Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.

~ Suka memberi makanan kepada fakir miskin dan sering duduk bersama-sama mereka.

~ Suka menziarahi orang sakit.

~ Amat pemurah sehinggakan seperti angin lalu pemurahnya.

~Tangan Baginda SAW tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.

~ Baginda SAW tida suka tidur di bilik yang gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap.

~ Bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

* from 7 Amalan Sunah Harian Rasulullah SAW


Tuesday, 28 April 2015

Program Wakaf Buku


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Hanya dengan sumbangan serendah RM20.00, anda boleh membantu mereka mengenali Islam. Berusaha menyampaikan mesej Islam adalah kewajipan semua. lebih banyak sumbangan anda, lebih luas peluang berdakwah. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Menjadi penyebab hidayah kepada seseorang lebih baik dari dunia dan segala isinya (maksud hadis).

Salurkan sumbangan wakaf ke akaun :
CIMB ISLAMIC 8602219438
AL QALAM ENTERPRISE

Friday, 10 April 2015

Terjemahan Surah Al-Zaariyat

SURAH AL-ZAARIYAT
(Angin yang menerbangkan)
Surah ke-51
Terdiri daripada 60 ayat (Makkiyyah)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Demi (angin) yang menerbangkan debu.

2. Dan awan yang mengandungi (hujan).

3. Dan (kapal-kapal) yang berlayar dengan mudah.

4. Dan (malaikat-malaikat) yang membahagi-bahagikan urusan.*
* Membahagi-bahagikan urusan makhluk yang diperintahkan kepadanya seperti perjalanan bintang-bintang, menurunkan hujan, memberikan rezeki dan sebagainya.

5.Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar,

6. Dan sesungguhnya (hari) pembalasan pasti terjadi.

7. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.*
* Jalan-jalan di sini ialah garis peredaran bintang-bintang dan planet-planet.

8. Sesungguhnya, kamu benar-benar dalam keadaan berbeza-beza pendapat.*
* Berbeza-beza pendapat kaum musyrikin tentang Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam dan al-Quran.

9. Dipalingkan daripadanya (al-Quran dan Rasul) orang yang dipalingkan.

10. Terkutuklah orang yang banyak berdusta.

11. (Iaitu) orang yang terbenam dalam kebodohan dan kelalaian.

12. Mereka bertanya : "Bilakah hari pembalasan itu?"

13. (Hari pembalasan itu ialah) pada hari (ketika) mereka diazab di dalam api neraka.

14. (Dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah azabmu ini. Inilah azab yang dahulu kamu minta agar disegerakan."

15. Sesungguhnya orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air.

16. Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang yang berbuat baik.

17. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.

18. Dan pada akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah).

19. Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.

20. Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang yakin.

21. Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?

22. Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu* dan apa yang dijanjikan kepadamu.**
* Rezeki yang ada di langit seperti turunnya hujan yang menyuburkan tanam-tanaman yang menjadi sebab rezekimu dan sebagainya.
** Apa yang dijanjikan kepadamu ialah takdir Allah Subhanahu wa Ta'ala terhadap setiap manusia yang telah ditulis di Lauh Mahfuz.

23. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti terjadi seperti apa yang kamu ucapkan.

24. Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tetamu Ibrahim (malaikat-malaikat) yang dimuliakan?

25. (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: "Salam sejahtera kepadamu", Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu." (Sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali.

26. Maka diam-diam dia (Ibrahim) pergi menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk (yang dibakar).

27. Lalu dihidangkannya kepada mereka (tetapi mereka tidak mahu makan). Ibrahim berkata: "Mengapa kamu tidak makan?"

28. Maka dia (Ibrahim) merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: "Janganlah kamu takut." Dan mereka memberi khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak).

29. Kemudian isterinya datang memeluk (tercengang) lalu menepuk wajahnya sendiri seraya berkata: "(Aku ini) seorang perempuan tua yang mandul."

30. Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Bijaksana, Lagi Maha Mengetahui."

31. Dia (Ibrahim) berkata: "Apakah urusanmu yang penting wahai para utusan?"

32. Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami diutus kepada kaum yang berdosa (kaum Luth).

33. Agar kami menimpakan mereka dengan batu-batu daripada tanah (yang keras).

34. Yang ditandakan daripada Tuhanmu untuk (membinasakan) orang yang melampaui batas."*
* Batu-batu diberi tanda dengan nama orang yang dibinasakan.

35. Lalu Kami keluarkan orang yang beriman yang berada di dalamnya (negeri kaum Luth) itu.

36. Maka Kami tidak mendapati di dalamnya (negeri itu), kecuali sebuah rumah daripada orang muslim (Luth).*
* Rumah Nabi Luth 'alaihissalam dan keluarganya.

37. Dan Kami tinggalkan padanya (negeri itu) suatu tanda* bagi orang yang takut kepada azab yang pedih.
* Tanda di sini ialah batu-batu yang bertumpuk-tumpuk yang dipergunakan untuk membinasakan kaum Nabi Luth 'alaihissalam. Ada pula yang mengatakan ia adalah sebuah telaga yang airnya hitam dan baunya busuk.

38. Dan pada Musa (terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah) ketika Kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.

39. Tetapi dia (Firaun) bersama bala tenteranya berpaling dan berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir atau orang gila."

40. Maka Kami seksa dia serta bala tenteranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut dalam keadaan tercela.

41. Dan (juga) pada (kisah kaum) 'Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan.

42. (Angin itu) tidak membiarkan suatu apa pun yang dilandanya, bahkan dijadikannya seperti debu.

43. Dan pada (kisah kaum) Thamud ketika dikatakan kapada mereka : "Bersenang-senanglah kamu sampai waktu yang ditentukan."

44. Lalu mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhannya, maka mereka disambar petir sedang mereka melihatnya.

45. Maka mereka tidak mampu bangun dan juga tidak mendapat pertolongan.

46. Dan sebelum itu (telah Kami binasakan) kaum Nuh. Sesungguhnya, mereka adalah kaum yang fasik.

47. Dan langit Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan Kami benar-benar meluaskannya.

48. Dan bumi telah Kami hamparkan. Maka (Kami) sebaik-baik yang menghamparkan.

49. Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati (kebesaran Allah).

50. Maka segeralah kembali (mentaati) Allah. Sesungguhnya, aku seorang pemberi peringatan yang jelas daripada Allah untukmu.

51. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain selain Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang jelas daripada Allah untukmu.

52. Demikianlah setiap kali seorang rasul yang datang kepada orang yang sebelum mereka, mereka (kaumnya) pasti mengatakan: "Dia itu ahli sihir atau orang gila."

53. Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas.

54. Maka berpalinglah engkau daripada mereka dan engkau sama sekali tidak tercela.

55. Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.

56. Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.

57. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepadKu.

58. Sesungguhnya Allah, Dialah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.

59. Maka sesungguhnya untuk orang yang zalim ada bahagian (azab) seperti bahagian teman-teman mereka (dahulu); maka janganlah mereka meminta kepadaKu untuk menyegerakannya.

60. Maka celakalah orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan* kepada mereka.
* Hari Perang Badar atau hari kiamat.