SURAH AL-ZAARIYAT
(Angin yang menerbangkan)
Surah ke-51
Terdiri daripada 60 ayat (Makkiyyah)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
1. Demi (angin) yang menerbangkan debu.
2. Dan awan yang mengandungi (hujan).
3. Dan (kapal-kapal) yang berlayar dengan mudah.
4. Dan (malaikat-malaikat) yang membahagi-bahagikan urusan.*
* Membahagi-bahagikan urusan makhluk yang diperintahkan kepadanya seperti perjalanan bintang-bintang, menurunkan hujan, memberikan rezeki dan sebagainya.
5.Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar,
6. Dan sesungguhnya (hari) pembalasan pasti terjadi.
7. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.*
* Jalan-jalan di sini ialah garis peredaran bintang-bintang dan planet-planet.
8. Sesungguhnya, kamu benar-benar dalam keadaan berbeza-beza pendapat.*
* Berbeza-beza pendapat kaum musyrikin tentang Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam dan al-Quran.
2. Dan awan yang mengandungi (hujan).
3. Dan (kapal-kapal) yang berlayar dengan mudah.
4. Dan (malaikat-malaikat) yang membahagi-bahagikan urusan.*
* Membahagi-bahagikan urusan makhluk yang diperintahkan kepadanya seperti perjalanan bintang-bintang, menurunkan hujan, memberikan rezeki dan sebagainya.
5.Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar,
6. Dan sesungguhnya (hari) pembalasan pasti terjadi.
7. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.*
* Jalan-jalan di sini ialah garis peredaran bintang-bintang dan planet-planet.
8. Sesungguhnya, kamu benar-benar dalam keadaan berbeza-beza pendapat.*
* Berbeza-beza pendapat kaum musyrikin tentang Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam dan al-Quran.
9. Dipalingkan daripadanya (al-Quran dan Rasul) orang yang dipalingkan.
10. Terkutuklah orang yang banyak berdusta.
11. (Iaitu) orang yang terbenam dalam kebodohan dan kelalaian.
12. Mereka bertanya : "Bilakah hari pembalasan itu?"
13. (Hari pembalasan itu ialah) pada hari (ketika) mereka diazab di dalam api neraka.
14. (Dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah azabmu ini. Inilah azab yang dahulu kamu minta agar disegerakan."
15. Sesungguhnya orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air.
16. Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang yang berbuat baik.
17. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
18. Dan pada akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah).
19. Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.
20. Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang yakin.
21. Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?
22. Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu* dan apa yang dijanjikan kepadamu.**
* Rezeki yang ada di langit seperti turunnya hujan yang menyuburkan tanam-tanaman yang menjadi sebab rezekimu dan sebagainya.
** Apa yang dijanjikan kepadamu ialah takdir Allah Subhanahu wa Ta'ala terhadap setiap manusia yang telah ditulis di Lauh Mahfuz.
23. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti terjadi seperti apa yang kamu ucapkan.
24. Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tetamu Ibrahim (malaikat-malaikat) yang dimuliakan?
25. (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: "Salam sejahtera kepadamu", Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu." (Sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali.
26. Maka diam-diam dia (Ibrahim) pergi menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk (yang dibakar).
27. Lalu dihidangkannya kepada mereka (tetapi mereka tidak mahu makan). Ibrahim berkata: "Mengapa kamu tidak makan?"
28. Maka dia (Ibrahim) merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: "Janganlah kamu takut." Dan mereka memberi khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak).
29. Kemudian isterinya datang memeluk (tercengang) lalu menepuk wajahnya sendiri seraya berkata: "(Aku ini) seorang perempuan tua yang mandul."
30. Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Bijaksana, Lagi Maha Mengetahui."
31. Dia (Ibrahim) berkata: "Apakah urusanmu yang penting wahai para utusan?"
32. Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami diutus kepada kaum yang berdosa (kaum Luth).
33. Agar kami menimpakan mereka dengan batu-batu daripada tanah (yang keras).
34. Yang ditandakan daripada Tuhanmu untuk (membinasakan) orang yang melampaui batas."*
* Batu-batu diberi tanda dengan nama orang yang dibinasakan.
35. Lalu Kami keluarkan orang yang beriman yang berada di dalamnya (negeri kaum Luth) itu.
36. Maka Kami tidak mendapati di dalamnya (negeri itu), kecuali sebuah rumah daripada orang muslim (Luth).*
* Rumah Nabi Luth 'alaihissalam dan keluarganya.
37. Dan Kami tinggalkan padanya (negeri itu) suatu tanda* bagi orang yang takut kepada azab yang pedih.
* Tanda di sini ialah batu-batu yang bertumpuk-tumpuk yang dipergunakan untuk membinasakan kaum Nabi Luth 'alaihissalam. Ada pula yang mengatakan ia adalah sebuah telaga yang airnya hitam dan baunya busuk.
38. Dan pada Musa (terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah) ketika Kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.
39. Tetapi dia (Firaun) bersama bala tenteranya berpaling dan berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir atau orang gila."
40. Maka Kami seksa dia serta bala tenteranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut dalam keadaan tercela.
41. Dan (juga) pada (kisah kaum) 'Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan.
42. (Angin itu) tidak membiarkan suatu apa pun yang dilandanya, bahkan dijadikannya seperti debu.
43. Dan pada (kisah kaum) Thamud ketika dikatakan kapada mereka : "Bersenang-senanglah kamu sampai waktu yang ditentukan."
44. Lalu mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhannya, maka mereka disambar petir sedang mereka melihatnya.
45. Maka mereka tidak mampu bangun dan juga tidak mendapat pertolongan.
46. Dan sebelum itu (telah Kami binasakan) kaum Nuh. Sesungguhnya, mereka adalah kaum yang fasik.
47. Dan langit Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan Kami benar-benar meluaskannya.
48. Dan bumi telah Kami hamparkan. Maka (Kami) sebaik-baik yang menghamparkan.
49. Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati (kebesaran Allah).
50. Maka segeralah kembali (mentaati) Allah. Sesungguhnya, aku seorang pemberi peringatan yang jelas daripada Allah untukmu.
51. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain selain Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang jelas daripada Allah untukmu.
52. Demikianlah setiap kali seorang rasul yang datang kepada orang yang sebelum mereka, mereka (kaumnya) pasti mengatakan: "Dia itu ahli sihir atau orang gila."
53. Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas.
54. Maka berpalinglah engkau daripada mereka dan engkau sama sekali tidak tercela.
55. Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.
56. Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.
57. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepadKu.
58. Sesungguhnya Allah, Dialah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.
59. Maka sesungguhnya untuk orang yang zalim ada bahagian (azab) seperti bahagian teman-teman mereka (dahulu); maka janganlah mereka meminta kepadaKu untuk menyegerakannya.
60. Maka celakalah orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan* kepada mereka.
* Hari Perang Badar atau hari kiamat.
No comments:
Post a Comment