Thursday, 11 October 2012

Terjemahan Al-Quran ~ Surah Al-Alaq

SURAH AL-ALAQ 
(Segumpal Darah)
Surah ke-96
Terdiri daripada 19 ayat ( Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.

2. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.

3. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia.

4. Yang mengajar (manusia) dengan pena.

5. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

6. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya, manusia itu benar-benar melampaui batas.

7. Apabila melihat dirinya serba cukup.

8. Sesungguhnya, hanya kepada Tuhanmu tempat kembali(mu).

9. Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang.

10. Seorang hamba ketika dia melaksanakan solat.*
* Nabi Muhammad SAW

11. Bagaimana pendapatmu jika dia (yang dilarang solat itu) berada di atas kebenaran (petunjuk).

12. Atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?

13. Bagaimana pendapatmu jika dia* (yang melarang) itu mendustakan dan berpaling?
* Orang itu ialah Abu Jahal. Akan tetapi, usaha ini tidak berjaya kerana dia melihat sesuatu yang menakutkannya. Setelah Rasulullah SAW selesai solat, disampaikan berita itu kepada baginda. Kemudian Rasulullah SAW mengatakan: " Kalau Abu Jahal jadi berbuat demikian, pasti dia akan dibinasakan oleh malaikat."

14. Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala perbuatannya)?

15. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian), nescaya Kami tarik ubun-ubunnya.*
* Memasukkannya ke dalam neraka dengan menarik kepalanya.

16. (Iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka.

17. Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya).

18. Kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah (penyeksa orang yang berdosa).

19. Sekali kali tidak! Janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah serta dekatkanlah (dirimu kepada Allah).

No comments:

Post a Comment