SURAH AL-BALAD
(Negeri)
Surah ke 90
Terdiri daripada 20 ayat (Makkiyyah)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
1. Aku bersumpah dengan negeri ini (Mekah).
2. Dan engkau (wahai Muhammad), tinggal di negeri (Mekah) ini (sentiasa ditindas).
3. Dan demi (pertalian) bapa dan anaknya.
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.
5. Apakad dia (manusia) itu mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang berkuasa atasnya?
6. Dia mengatakan: "Aku telah menghabiskan harta yang banyak".
7. Apakah dia mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang melihatnya?
8. Bukankah Kami telah menjadikan untuknya sepasang mata.
9. Dan lidah dan sepasang bibir?
10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.*
* Dua jalan ialah jalan kebajikan dan jalan kejahatan.
11. Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar?
12. Dan tahukah kamu apakah jalan yang mendaki dan sukar?
13. (Iaitu) melepaskan hamba sahaya.
14. Atau memberi makan pada hari terjadinya kelaparan.
15. (Kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat.
16. Atau orang minkin yang sangat fakir.
17. Kemudian dia termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang
18. Mereka (orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.
19. Dan orang-orang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri.
20. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.
No comments:
Post a Comment