Saturday, 13 October 2012

Terjemahan Al-Quran - Surah Al-Syarh

SURAH AL-SYARH
(Kelapangan)
Surah ke 94
Terdiri daripada 8 ayat (Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?

2. Dan Kami pun menurunkan beban daripadamu.*
* Kesusahan-kesusahan yang dideritai Nabi Muhammad SAW dalam penyampaian risalah.

3. Yang memberatkan tanggunganmu,

4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu* bagimu.
* Meninggikan darjat dan mengikutkan namanya dengan nama Allah Subhanahu wa Taa'la dalam kalimat syahadat, menjadikan taat kepada nabi termasuk taat kepada Allah Subhanahu wa Taa'la dan lain-lain.

5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,

7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),*
* Sebahagian mufassir menafsirkan : Apabila kamu (Nabi SAW) selesai berdakwah, maka beribadahlah kepada Allah Subhanahu wa Taa'la, apabila selesai mengerjakan urusan dunia, maka kerjakan urusan akhirat; dan ada lagi yang mengatakan : Apabila telah selesai mengerjakan solat, maka berdoalah.

8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

No comments:

Post a Comment