SURAH AL-MUJADALAH
(Wanita Yang Bersoal Jawab)
Surah ke-58
Terdiri daripada 22 ayat (Madaniyyah)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
1. Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan perempuan yang mengajukan adean kepadamu (wahai Muhammad) tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah dan Allah mendengar percakapan antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.*
* Sebab turunnya ayat ini berhubungan dengan persoalan seorang wanita bernama Khaulah binti Sa'labah yang telah dizihar oleh suaminya 'Aus bin as-Samit iaitu dengan mengatakan kepada isterinya: "Kamu bagiku sudah seperti punggung ibuku", dengan maksud dia tidak boleh lagi menggauli isterinya sebagaimana dia tidak boleh menggauli ibunya. Menurut adat jahiliyah, kaimat zihar seperti itu adalah sama dengan mentalak isteri. Maka Khaulah mengadukan halnya kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab bahawa dalam hal ini belum ada keputusan daripada Allah Subahanahu wa Ta'ala. Dan pada riwayat yang lain, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengatakan: " Engkau telah diharamkan bersetubuh dengan dia," Lalu Khaulah berkata: "Suamiku belum menyebut kata-kata talak," kemudian Khaulah berulang-ulang kali mendesak kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam supaya menetapkan suatu keputusan dalam hal ini sehingga turunlah ayat ini dan ayat-ayat berikutnya.
2. Seseorang di antara kamu yang berzihar isterinya (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) isteri mereka itu bukanlah ibunya. Ibu-ibu mereka hanyalah perempuan yang melahirkan mereka. dan sesungguhnya mereka benarbenar mengucapkan suatu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
3. Dan mereka yang menzihar isterinya, kemudian menarik kembali apa yang telah mereka ucapkan, maka (mereka diwajibkan) memerdekakan seorang hamba sahaya sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepadamu dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.
4. Maka barang siapa tidak dapat (memerdekakan hamba sahaya), maka (dia wajib) berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Tetapi barang siapa tidak mampu, maka (wajib) memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah agar kamu beriman kepada Allah dan RasulNya. Itulah hukum-hukum Allah, dan bagi mereka yang mengingkarinya akan mendapat azab yang sangat pedih.
5. Sesungguhnya orang yang menentang Allah dan RasulNya pasti mendapat kehinaan sebagaimana kehinaan yang telah diterima oleh orang sebelum mereka. Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan bukti-bukti yang nyata. Dan bagi orang yang mengingkarinya akan mendapat azab yang menghinakan.
6. Pada hari itu mereka semuanya dibangkitkan Allah, lalu diberitakanNya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah menghitungkannya (semua amal perbuatan itu), meskipun mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.
7. Tidakkah engkau perhatikan, bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tidak ada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tidak ada lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tidak ada yang kurang daripada itu atau lebih banyak, melainkan Dia pasti ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
8. Tidakkah engkau perhatikan orang yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka berbisik-bisik untuk melakukan dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu (Muhammad) mereka mengucapkan salam dengan cara yang bukan seperti yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: "(Kalau benar Muhammad utusan Allah, maka) mengapa Allah tidak menyeksa kita atas apa yang kita katakan itu?" Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Maka neraka itu seburuk-buruk tempat kembali.
9. Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik secara rahsia, janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Tetapi berbisiklah tentang perbuatan kebajikan dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya kamu akan dikumpulkan kembali.
10. Sesungguhnya perbuatan berbisik-bisik itu adalah termasuk (perbuatan) syaitan, agar orang yang beriman itu bersedih hati, sedangkan (bisikan) itu tidak memberi bencana sedikit pun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.
11. Wahai orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu: " Berilah kelapangan di majlis-majlis." maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti akan apa yang kamu kerjakan.
12. Wahai orang yang beriman! Apabila kamu mengadakan pembicaraan khusus (mengadap dan bertanyakan sesuatu secara khusus) dengan Rasulullah, hendaklah kamu mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin) sebelum (melakukan) pembicaraan itu. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih bersih. Tetapi jika kamu tidak memperolehinya (yang akan disedekahkan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
13. Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu memberikan sedekah sebelum (melakukan) perbicaraan dengan Rasulullah? Tetapi jika kamu tidak melakukannya dan Allah telah memberi keampunan kepadamu (kerana kamu tidak mampu), maka laksanakanlah solat, dan tunaikanlah zakat serta taatlah kepada Allah dan RasulNya! Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
14. Tidakkah engkau perhatikan otang (munafik) yang menjadikan suatu kaum yang telah dimurkai Allah sebagai sahabat? Orang itu bukan daripada (kaum) kamu dan bukan daripada (kaum) mereka. Dan mereka bersumpah atas pembohongan, sedang mereka pengetahuinya.
15. Allah telah menyediakan azab yang sangat keras bagi mereka. Sesungguhnya betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan.
16. Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang (manusia) dari jalan Allah; maka bagi mereka azab yang menghinakan.
17. Harta benda dan anak-anak mereka tidak berguna sedikit pun (untuk menolong) mereka dari azab Allah. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
18. (Ingatlah) pada hari (ketika) mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka bukan orang musyrik) sebagaimana mereka bersumpah kepadamu; dan mereka menyangka bahawa mereka akan memperolehi suatu (manfaat). Ketahuilah, bahawa mereka golongan pendusta.
19. Syaitan telah menguasai mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah ; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa golongan syaitan itulah golongan yang rugi.
20. Sesungguhnya orang yang menentang Allah dan RasulNya, mereka termasuk orang yang sangat hina.
21. Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasulKu pasti menang." Sesungguhnya, Allah Maha Kuat, Lagi Maha Perkasa.
22. Engkau (wahai Muhammad) tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang itu ibu bapanya, anaknya, saudaranya atau keluarganya. Mereka itulah orang yang dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan* yang datang daripadaNya. Lalu dimasukkanNya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)Nya. Mereka golongan Allah (para pendukung agamaNya). Ingatlah, sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung.
* Pertolongan di sini ialah kemahuan dan kekuatan batin, kebersihan hati, kemenangan terhadap musuh dan lain-lain.

No comments:
Post a Comment