Showing posts with label Neraka. Show all posts
Showing posts with label Neraka. Show all posts

Thursday, 9 April 2015

Terjemahan Surah Al-Tur

SURAH AL-TUR
(Gunung)
Surah ke-52
Terdiri daripada 49 ayat (Makkiyyah)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Demi gunung.*
    * Gunung di sini ialah gunung Tursina

2. Dan demi Kitab yang ditulis,

3. Pada lembaran yang terbuka.

4. Demi Baitul Makmur (Kaabah),*
* Baitul Makmur atau rumah yang ramai ialah Kaabah kerana Kaabah selalu mendapat kunjungan untuk mengerjakan haji, umrah, tawaf dan lain-lain. Dalam suatu hadith disebutkan bahawa Baitul Makmur ialah sebuah rumah ibadah di langit ketujuh yang setiap hari dimasuki 70,000 malaikat.

5. Demi atap yang ditinggikan (langit).

6. Demi lautan yang penuh gelombang.

7. Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi.

8. Tidak sesuatu pun yang dapat menolaknya.

9. Pada hari (ketika) langit bergoncang sekeras-kerasnya.

10. Dan gunung-ganang berjalan (berpindah-pindah)

11. Maka celakalah pada hari itu bagi orang yang mendustakan.

12. Orang yang bermain-main dalam kebatilan (perbuatan dosa).

13. Pada hari (ketika) itu mereka didorong ke neraka Jahannam dengan sekuat-kuatnya.

14. (Dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka yang dahulu kamu dustakannya."

15. Maka apakah itu sihir?* Ataukah kamu tidak melihat?
     * Apakah neraka yang sedang mereka hadapi itu adalah sihir juga?

16. Masuklah ke dalamnya (rasakanlah panas apinya); baik kamu bersabar atau tidak, sama saja bagimu; sesungguhnya kamu hanya diberi balasan atas apa yang telah kamu kerjakan.

17. Sesungguhnya orang yang bertakwa berada dalam syurga dan kenikmatan.

18. Mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan Tuhan kepada mereka dan Tuhan memelihara mereka daripada azab neraka.

19. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan nikmat sebagai balasan daripada apa yang telah kamu kerjakan."

20. Mereka bersandar di atas pelamin-pelamin yang tersusun dan Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah.

21. Dan orang yang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga) dan Kami tidak mengurangkan sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya.

22. Dan Kami berikan kepada mereka tambahan berupa bua -buahan dan daging daripada segala jenis yang mereka ingini.

23. (Di dalam syurga itu) mereka saling menghulurkan gelas yang isinya* tidak (menimbulkan) ucapan yang tidak berfaedah ataupun perbuatan dosa.
* Sebahagian mufassir berkata bahawa ahli syurga juga diberi minuman khamar yang tidak  memabukkan.

24. Dan di sekitar mereka terdapat anak-anak muda yang berkeliling untuk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan.

25. Dan sebahagian mereka berhadap-hadapan antara satu sama lain saling bertegur sapa.

26. Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan azab)."

27. Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami daripada azab neraka.

28. Sesungguhnya kami menyembahNya sejak dahulu. Dialah Yang Maha Melimpahkan Kebaikan, lagi Maha Penyayang."

29. Maka peringatkanlah, kerana dengan nikmat Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah seorang tukang tenung dan bukan pula orang gila.

30. Bahkan mereka berkata : "Dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya."

31. Katakanlah (Muhammad): "Tunggulah! Sesungguhnya aku pun termasuk orang yang sedang menunggu bersama kamu."

32. Apakah mereka diperintah oleh fikiran-fikiran mereka untuk mengucapkan (tuduhan-tuduhan) ini ataukah mereka kaum yang melampaui batas?

33. Ataukah mereka berkata: " Dia (Muhammad) mereka-rekanya." Tidak! Merekalah yang tidak beriman.

34. Maka cubalah mereka membuat yang seumpama dengannya (al-Quran) jika mereka orang yang benar.

35. Atau apakah mereka tercipta tanpa usul-usul ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?

36. Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi? Sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan).

37. Ataukah di sisi mereka ada perbendaharaan Tuhanmu ataukah mereka yang berkuasa?

38. Atau apakah mereka mempunyai tangga (ke langit) untuk mendengarkan (hal-hal yang ghaib)? Maka hendaklah orang yang mendengar di antara mereka itu datang membawa keterangan yang nyata.

39. Ataukah (layak) untuk Dia anak-anak perempuan sedangkan untuk kamu anak-anak lelaki?

40. Ataukah engkau (Muhammad) meminta imbalan kepda mereka sehingga mereka dibebani dengan hutang?

41. Ataukah di sisi mereka mempunyai (pengetahuan) tentang yang ghaib, lalu mereka menuliskannya?

42. Ataukah mereka hendak melakukan tipu daya? Tetapi orang yang kafir itu, justeru merekalah yang terkena tipu daya.

43. Ataukah mereka mempunyai tuhan selain Allah? Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan.

44. Dan jika mereka melihat gumpalan-gumpalan awan berjatuhan dari langit, mereka berkata : "Itu adalah awan yang bertompok-tompok."

45. Maka biarkanlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka. Pada hari itu mereka dibinasakan.

46. (Iaitu) pada hari (ketika) tipu daya mereka tidak berguna sedikit pun bagi mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan.

47. Dan sesungguhnya bagi orang yang zalim masih ada azab selain itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.*
* Azab selain itu ialah adanya musim kemarau, kelaparan, malapetaka yang menimpa mereka. azab kubur dan lain-lain.

48. Dan bersabarlah (Muhammad) menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika engkau bangun.*
* Hendaklah bertasbih ketika kamu bangun daripada tidur atau bangun meninggalkan majlis atau ketika berdiri hendak solat.

49.Dan pada sebahagian malam bertasbihlah kepadaNya dan (juga) pada waktu terbenamnya bintang-bintang (pada waktu fajar).

Wednesday, 7 January 2015

Terjemahan Surah Al-Rahman

SURAH AL-RAHMAN
(Yang Maha Pemurah)
Surah ke-55
Terdiri daripada 78 ayat (Madaniyyah)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. (Allah) Yang Maha Pengasih,

2. Yang telah mengajarkan al-Quran.

3. Dia menciptakan manusia

4. Mengajarnya pandai berbicara.

5. Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan.

6. Dan tumbuhan dan pepohonan, keduanya tunduk (kepadaNya).

7. Dan langit telah ditinggikanNya dan Dia ciptakan keseimbangan.

8. Agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu.

9. Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangkan keseimbangan itu.

10. Dan bumi telah dibentangkanNya untuk makhluk(Nya).

11. Di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang.

12. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.

13. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

14. Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar.

15. Dan Dia menciptakan jin daripada nyalaan api tanpa asap.

16. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

17. Tuhan (yang memelihara) dua Timur dan Tuhan (yang memelihara) dua Barat.*
* Matahari mempunyai dua tempat terbit dan dua tempat terbenam pada  musim panas dan musim sejuk.

18. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

19. Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu.

20. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. *
* Di antara ahli tafsir ada yang berpendapat bahawa (la yabghian) maksudnya masing-masing tidak mengkehendaki. Dengan demikian maksud ayat 19-20 ialah bahawa ada dua laut yang keduanya terpisah kerana dibatasi oleh tanah genting, tetapi tanah genting itu tidaklah dikehendaki, maka pada akhirnya tanah genting itu dibuang (digali untuk keperluan lalu lintas), maka bertemulah kedua lautan itu seperti Terusan Suez dan Terusan Panama. Ada pandangan lain pula mengatakan dua lautan itu tidak sama sifat airnya. Yang satu air masin dan yang satu lagi airnya tawar.

21. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

22. Daripada keduanya keluar mutiara dan marjan.

23. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

24. MilikNya kapal-kapal yang berlayar di lautan bagaikan gunung-ganang.

25. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

26. Semua yang ada di bumi itu akan binasa.

27. Maka nikmat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.

28. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

29. Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.*
* Allah sentiasa menciptakan, menghidupkan, mematikan, memelihara, memberi rezeki dan lain-lain.

30. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

31. Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai (golongan) manusia dan jin!

32. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

33. Wahai golongan jin dan manusia! Jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah. Kamu tidak akan mampu menembusinya kecuali dengan kekuatan (dari Allah).

34. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

35. Kepada kamu (jin dan manusia) akan dikirim nyalaan api dan cairan tembaga (panas) sehingga kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya).

36. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

37. Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak.

38. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

39. Maka pada hari itu manusia dan jin tidak ditanya akan dosanya.*
* Tetapi pada saatnya akan diminta bertanggungjawab di atas segala amal perbuatannya.

40. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

41. Orang yang berdosa itu diketahui dengan tanda-tandanya, lalu ditarik ubun-ubun dan kakinya.

42. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

43. Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang yang berdosa.

44. Mereka berkeliling di sana dan di antara air yang mendidih.

45. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

46. Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga.*
* Dua syurga di sini ialah syurga untuk manusia dan syurga untuk jin. Ada juga ahli tafsir yang berpendapat syurga dunia dan syurga akhirat.

47. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

48. Kedua syurga itu mempunyai aneka pepohon dan buah-buahan.

49. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

50. Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar.

51. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

52. di dalam kedua syurga itu terdapat aneka buah-buahan yang berpasang-pasangan.

53. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

54. Mereka bersandar di atas permaidani yang bahagian dalamnya daripada sutera tebal. Dan buah-buahan kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat.

55. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

56. Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya.

57. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

58. Seakan-akan mereka itu permata yakut dan marjan.

59. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

60. Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan (juga).

61. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

62. Dan selain daripada dua syurga itu ada dua syurga lagi. *
* Selain dua syurga yang tersebut di atas, ada lagi dua syurga yang disediakan untuk orang mukmin yang kurang darjatnya dari orang mukmin yang dimasukkan ke dalam syurga yang pertama.

63. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

64. Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya.

65. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

66. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Di dalam keduanya (syurga itu) ada dua buah mata air yang memancar.

67. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

68. Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.

69. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

70. Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan jelita.

71. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

72. Bidadari-bidadari yang dipelihara di dalam khemah-khemah.

73. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

74. Mereka sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun oleh jin.

75. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

76. Mereka bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah.

77. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

78. Maha Suci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.

Friday, 1 February 2013

Terjemahan Al-Quran ~ Surah Al-Mulk


SURAH AL-MULK
(Kerajaan)
Surah ke 67
Terdiri daripada 30 ayat (Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1. Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Allah yang menguasai (segala) kerajaan (dunia dan akhirat). Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

2. Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebik baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun.

3. Dialah yang menciptakan tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?

4. Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan kecacatan dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih (kerana tenaga habis dengan sia-sia).

5. Dan sesungguhnya, telah Kami hiasi langit yang dekat (dengan bumi), dengan bintang-bintang dan Kami jadikannya (bintang-bintang itu) sebagai alat-alat pelempar syaitan dan Kami sediakan bagi mereka neraka yang menyala-nyala.

6. Dan orang yang ingkar kepada Tuhannya, akan mendapat azab Jahannam, Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

7. Apabila mereka dilemparkan kedalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak.

8. Hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada kumpulan (orang kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?"

9. Mereka menjawab: "Benar, sesungguhnya, seorang memberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan: Allah tudak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya dalam kesesatan yang besar."

10. Dan mereka berkata : " Sekiranya (dahulu) kami mendengar atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan penghuni neraka yang menyala-nyala.

11. Maka mereka mengakui dosa mereka. Tapi jauhlah (daripada rahmat Allah) bagi penghuni neraka yang menyala-nyala itu.

12. Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

13. Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah (sama sahaja keadaannya kepaka Allah) kerana sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

14. Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus, lagi Maha Mengetahui.

15. Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNya kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

16. Sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit itu tidak akan membuat kau ditelan bumi ketika tiba-tiba ia bergoncang?

17. Atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang dilangit itu tidak akan mengirinkan badai yang menghujani kamu dengan batu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatanKu.

18. Dan sesungguhnya, orang yang sebelum mereka pun telah mendustakan (rasul-rasulNya). Maka perhatikanlah betapa hebatnya kemurkaanKu!

19. Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang megembangkan dan menguncupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.

20. Atau siapakah yang akan menjadi bala tentera bagimu yang dapat membelamu selain (Allah) Yang Maha Pengasih? Orang kafir itu hanyalah dalam (keadaan) tertipu.

21. Atau siapakah yang dapat memberimu rezeki jika Dia menahan rezekiNya? Bahkan mereka terus-menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri (daripada kebenaran).

22. Apakah orang yang merangkak dengan wajah terlangkup yang lebih terpimpin (dalam kebenaran) ataukah orang yang berjalan tegak di atas jalan yang lurus?

23. Katakanlah : "Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."

24. Katakanlah : "Dialah yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi dan hanya kepadaNya kamu akan dikumpulkan."

25. Dan mereka berkata :"Bilakah (datangnya) ancaman (hari kiamat) itu jika kamu orang yang benar?"

26. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya pada Allah. Dan aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan."

27. Maka ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, wajah orang kafir itu menjadi muram. Dan dikatakan (kepada mereka): "Inilah (azab) yang dahulu kamu minta disegerakannya."

28. Katakanlah (wahai Muhammad): "Tahukah kamu jika Allah mematikan aku dan orang yang bersamaku atau memberi rahmat kepada kami, (maka kami akan masuk syurga), lalu siapa yang dapat melindungi orang kafir daripada azab yang pedih?"

29.Katakanlah: "Dialah Yang Maha Pemurah, kami beriman kepadaNya dan kepadaNya kami bertawakal. Maka kelak kamu akan tahu siapa yang berada dalam kesesatan yang nyata."

30. Katakanlah (wahai Muhammad): "Terangkanlah kepadaku jika sumber ait kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"

Wednesday, 23 January 2013

Terjemahan Al-Quran ~ Surah Muhammad

Salam Maulidur Rasul 1434 H. 

SURAH MUHAMMAD
Surah ke 47
Terdiri daripada 38 ayat (Madaniyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1 Orang yang kafir menghalang-halang (manusia) dari jalan Allah, Allah menghapuskan segala amal mereka.

2. Dan orang yang beriman (kepada Allah) dan mengerjakan kebajikan serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad, dan itulah kebenaran daripada Tuhan mereka; Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

3. Yang demikian itu, kerana sesungguhnya orang kafir mengikuti yang batil (sesat) dan sesungguhnya orang yang beriman mengikuti kebenaran daripada Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia.

4. Maka apabila kamu bertemu dengan orang yang kafir (di medan perang), maka pukullah batang leher mereka. Selanjutnya apabila kamu telah mengalahkan mereka, tawanlah  mereka dan setelah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan, sampai perang selesai. Demikianlah, dan sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya Dia membinasakan mereka, tetapi Dia hendak menguji kamu satu sama lain. Dan orang yang gugur di halan Allah, Allah tidak mensia-siakan amal kebaikan mereka.

5. Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

6. Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka. 

7. Wahai orang yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

8. Dan orang yang kafir, maka celakalah mereka dan Allah menghapuskan segala amalannya

9. Yang demikian itu kerana mereka membenci apa (al-Quran) yang diturunkan Allah, maka Allah menghapus segala amal mereka.

10. Maka apakah mereka tidak pernah mengadakan perjalanan di bumi sehingga dapat memperhatikan bagaimana kesudahan orang yang sebelum mereka. Allah telah membinasakan mereka dan bagi orang kafir akan menerima (nasib) yang serupa itu. 

11. Yang demikian itu kerana Allah pelindung bagi orang yang beriman; sedang orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka.

12. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang yang kafir menikmati kesenangan (dunia). Dan mereka makan seperti haiwan mereka; dan (kelak) nerakalah tempat tinggal bagi mereka.

13. Dan betapa banyak negeri yang (penduduknya) lebih kuat dari (penduduk) negerimu (Muhammad) yang telah mengusirmu itu. Kami telah membinasakan mereka; maka tidak ada seorang pun yang menolong mereka.

14. Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang daripada Tuhannya sama dengan orang yang dijadikan (oleh syaitan) terasa indah baginya perbuatan buruknya dan mengikuti keinginannya?*
Semua amal perbuatan mereka tidak mendapat ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga tidak dihargai dan tidak mendapat pahala.

15. Perumpamaan penghuni syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak payau dan sungai-sungai khamar (anggur yang tidak memabukkan) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai madu yang murni. Di dalamnya mereka memperolehi segala macam buah-buahan dan kemampuan daripada Tuhan mereka. Samakah mereka dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih, sehingga hancur ususnya?

16. Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu (Muhammad), tetapi apabila mereka telah keluar dari sisimu, mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu (sahabat-sahabat Nabi): "Apakah yang dikatakannya tadi?" Mereka itulah orang yang dikunci hatinya oleh Allah dan mengikuti keinginannnya.

17. Dan orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambah petunjuk kepada mereka dan menganugerahkan ketakwaan kepada mereka. 

18. Maka apa lagi yang mereka tunggu-tunggu selain hari kiamat yang akan datang kepada mereka secara tiba-tiba, kerana tanda-tandanya sesungguhnya telah datang. Maka apa gunanya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila (hari kiamat) itu sudah datang?

19. Maka ketahuilah, bahawa tidak ada tuhan (yang patut disembah) selain Allah dan mohonlah keampunan atas dosamu dan atas (dosa) orang mukmin lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu.

20. Dan orang yang beriman berkata:" Mengapa tidak ada suatu surah* yang diturunkan?" Maka apabila ada suatu surah diturunkan yang jelas maksudnya dan di dalamnnya tersebut (perintah) perang, engkau melihat orang yang di dalam hatinya ada penyakit akan memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan kerana takut mati. Tetapi itu lebih sesuai bagi mereka.
* Surah di sini ialah surah yang berisi perintah untuk memerangi orang-orang kafir.

21. (Yang lebih baik bagi mereka adalah) taat (kepada Allah) dan bertutur kata yang baik. Sebab apabila perintah (perang) ditetapkan (mereka tidak menyukainya). Padahal jika mereka benar-benar (beriman) kepada Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.

22. Maka apakah sekiranya kamu berkuasa, kamu akan berbuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?

23. Mereka itulah orang yang dikutuk Allah; lalu dibuat tuli (pendengarannya) dan dibutakan penglihatannya.

24. Maka tidaklah mereka menghayati al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?

25. Sesungguhnya orang yang berbalik (kepada kekafiran) setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitanlah yang menyeru mereka dan memanjangkan angan-angan mereka.

26. Yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka telah mengatakan kepada orang (Yahudi) yang tidak senang dengan apa yang diturunkan Allah: "Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan," tetapi Allah mengetahui rahsia mereka.

27. Maka bagaimana (nasib mereka) apabila malaikat (maut) mencabut nyawa mereka, memukul wajah dan punggung mereka?

28. Yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka mengikuti apa yang menimbulkan kemurkaan Allah dan membenci (apa yang menimbulkan) keredaanNya, sebab itu Allah menghapus segala amal mereka.

29. Atau apakah orang yang dalam hatinya ada penyakit menyangka bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka (terhadap Nabi Muhammad SAW)?

30. Dan sekiranya Kami mengkehendaki, nescaya Kami perlihatkan mereka kepadamu (Muhammad) sehingga engkau benar-benar dapat mengenali mereka dengan tanda-tandanya. Dan engkau benar-benar akan mengenali mereka daripada nada bicaranya dan Allah mengetahui segala perbuatan kamu. 

31. Dan sesungguhnya, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan yang bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.

32. Sesungguhnya orang yang kafir akan menghalang-halang (orang lain) dari jalan Allah serta memusuhi rasul setelah ada petunjuk yang jelas bagi mereka, mereka tidak akan dapat memberi mudarat (bahaya) kepada Allah sedikit pun. Dan kelak Allah menghapus segala amal mereka.

33. Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu merosakkan segala amalmu.

34. Sesungguhnya orang kafir dan menghalang-halang (orang lain) dari jalan Allah, kemudian mereka mati dalam keadaan kafir, maka Alllah tidak akan mengampunkan mereka.

35. Maka janganlah kamu lemah dan mengajak (musuh) untuk berdamai, kerana kamulah yang lebih unggul dan Allah (pun) bersama kamu dan Dia tidak akan mengurangkan segala amalmu.

36. Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan gurau senda. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta hartamu.

37. Sekiranya Dia meminta harta kepadamu, lalu mendesak kamu (agar memberikan semuanya), nescaya kamu akan jadi bakhil (kedekut) dan Dia akan menampakkan kedengkianmu.

38. Ingatlah, kamu adalah orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) pada jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kedekut dan barang siapa kedekut, maka sesungguhnya dia jadi kedekut terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah Yang Maha Kaya dan kamulah yang memerlukan (kurniaanNya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu. 

Monday, 31 December 2012

Terjemahan Al-Quran ~ Surah Al- Muddaththir

SURAH AL-MUDDATHTHIR
Orang Yang Berselimut
Surah Ke 74
Terdiri daripada 56 ayat (Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1. Wahai orang yang berselimut!

2. Bangunlah, lalu berilah peringatan!

3. Dan agungkanlah Tuhanmu.

4. Dan bersihkanlah pakaianmu.

5. Dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji.

6. Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) memberi sesuatu (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang banyak.

7. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.

8. Maka apabila sangkakala ditiup,

9. Maka itulah hari yang serba sulit,

10. Bagi orang kafir, lagi tidak mudah.

11. Biarlah Aku (yang bertindak) terhadap orang yang Aku sendiri telah menciptakannya,*
* Ayat ini dan beberapa ayat berikutnya diturunkan mengenai orang kafir Mekah, pemimpin Quraisy bernama al-Walid bin al-Mughirah.

12. Dan Aku berikan baginya kekayaan yang melimpah,

13. Dan anak-anak yang selalu bersamanya,

14. Dan Aku berikan baginya kelapangan (hidup) seluas-luasnya.

15. Kemudian dia ingin sekali agar Aku menambahnya.

16. Tidak boleh! Sesungguhnya dia telah menentang ayat-ayat Kami (al-Quran).

17. Aku akan membebaninya dengan pendakian yang amat menyusahkan.

18. Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (merekka-reka pelbagai tuduhan terhadap al-Quran).

19. Maka celakalah dia! Bagaimana dia berani mereka-reka (yang demikian)?

20. Sekali lagi, celakalah dia! Bagaimana mereka berani mereka-reka?

21. Kemudia dia (merenung) memikirkan,

22. Lalu berwajah masam dan berkerut,

23. Kemudian berpaling (daripada kebenaran) dan menyombongkan diri.

24. Lalu dia berkata :" (Al-Quran) ini hanyalah sihir yang dipelajari (daripada yang dahulu)..

25. Ini hanyalah perkataan manusia."

26. Kelak, Aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar.

27. Dan tahukah kamu apa (neraka) Saqar itu?

28. Ia (Saqar itu) tidak meninggalkan dan tidak membiarkan,*
* Apa yang dilemparkan ke dalam neraka itu diazabnya sampai binasa kemudian dikembalikannya sebagaimana asalnya untuk diazab kembali.

29. Yang menghanguskan dan membakar kulit manusia.

30. Di neraka itu ada sembilan belas (malaikat penjaga).

31. Dan yang Kami jadikan penjaga neraka itu hanya daripada kalangan malaikat; dan Kami menentukan bilangan mereka itu hanya sebagai cubaan bagi orang kafir, agar orang yang diberi kitab menjadi yakin, agar orang yang beriman bertambah imannya, agar orang yang diberikan kitab dan orang mukmin tidak ragu-ragu; dan agar orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang kafir (berkata): " Apakah yang dikehendaki Allah dengan (bilangan) ini suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah menyesatkan orang yang Dia kehendaki. Dan tidak ada yang mengetahui bala tentera Tuhanmu kecuali Dia sendiri. Dan Saqar itu tidak lain hanyalah peringatan bagi manusia.

32. Tidak!* Demi bulan,
* "Tidak" adalah bantahan terhadap ucapan-ucapan orang musyrik yang mengingkari hal-hal tersebut di atas.

33. Dan demi malam ketika telah berlalu,

34. Dan demi Subuh apabila mulai terang,

35. Sesungguhnya (Saqar itu) adaah salah satu (bencana) yang sangat besar,

36. Sebagai peringatan bagi manusia,

37. (Iaitu) bagi siapa di antara kamu yang ingin maju atau mundur*
* Maju di sini ialah maju menerima peringatan dan mundur di sini ialah tidak mahu menerima peringatan.

38. Setiap orang bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya,

39. Kecuali golongan kanan,

40. Berada di dalam syurga, mereka saling menanyakan,

41. Tentang (keadaan) orang yang berdosa,

42. "Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"

43. Mereka menjawab : "Dahulu kami tidak termasuk orang yang melaksanakan solat,"

44. Dan kami (juga) tidak memberi makan orang miskin,

45. Bahkan kami biasa berbincang (untuk tujuan yang batil), bersama orang yang membicarakannya,

46. Dan kami mendustakan hari pembalasan,

47. Sampai datang kepada kami kematian."

48. Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat (pertolongan) daripada orang yang memberikan syafaat.

49. Lalu mengapa mereka (orang kafir) berpaling daripada peringatan (Allah)?

50. Seakan-akan mereka sekawan keldai liar yang lari terkejut,

51. Lari daripada singa.

52. Bahkan setiap orang daripada mereka ingin agar diberikan kepadanya lembaran-lembaran (kitab) yang terbuka.

53. Tidak! Sebenarnya mereka tidak takut kepada akhirat.

54. Tidak! Sesungguhnya (al-Quran) itu benar-benar sesuatu peringatan.

55. Maka barang siapa mengkehendaki, tentu dia mengambil pengajaran daripadanya.

56. Dan mereka tidak akan mengambil pengajaran daripadanya (al-Quran) kecuali (jika) Allah mengkehendakinya. Dialah Tuhan yang patut (kita) bertakwa kepadaNya yang berhak memberi keampunan.