A. Perintah Menyembah Allah Subhanahu Wa Taa'la Yang Maha Esa
21. Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang yang sebelummu agar kamu bertakwa.
22. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu langit sebagai atap dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit dan Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu* bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
* Segala sesuatu yang disembah di samping menyembah Allah seperti berhala-berhala, dewa-dewa dan sebagainya.
B. Cabaran Allah Subhanahu Wa Taa'la Kepada Kaum Musyrikin Mengenai Al-Quran
23. Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah* satu surah (sahaja) yang seumpama al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang yang benar.
* Ayat ini merupakan cabaran bagi orang yang meragui kebenaran al-Quran. Sesungguhnya al-Quran ini tidak dapat ditiru walaupun dengan mengerahkan semua ahli sastera dan bahasa kerana ia merupakan kalam Illahi dan mukjizat Nabi Muhammad SAW.
24. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan untuk orang kafir.
C. Ganjaran Bagi Orang Yang Beriman
25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baiklah, maka bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya. Setiap daripada mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yangs erupa dan untuk mereka didalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.*
* Kenikmatan di syurga adalah kenikmatan yang serba lengkap, baik jasmani mahupun rohani.
D. Perumpamaan-perumpamaan Dalam Al-Quran dan Hikmah-hikmahnya.
26. Sesungguhnya Allah tiada segan atau malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu.* Adapun orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka tetapi bagi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu, ramai orang yang disesatkan Allah** dan denagn perumpamaan itu (pula) ramai orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang yang fasik.
* Saat Surah Al-Haj ayat 73 diturunkan, Allah menerangkan bahawa berhala-berhala yang mereka sembah tidak dapat membuat lalat sekalipun mereka lakukan bersama-sama. Dalam Surah Al-Ankabut ayat 41, Allah menggambarkan bahawa berhala-berhala yang dijadikan sebagai pelindung oleh orang musyrik adalah selemah sarang labah-labah.
** Orang yang ingkar tidak mampu memahami petunjuk-petunjuk Allah. Dalam ayat ini, mereka menjadi sesat kerana mereka ingkar dan tidak mahu memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan.
27. (Iaitu) orang yang melanggar perjanjian (dengan) Allah sesusah perjanjian itu teguh dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang yang rugi.
E. Bukti-bukti Kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taa'la.
28. Mengapa kamu kafir kepada Allah? Padahal kamu sebelum ini mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkanNya kembali, kemudian kepadaNYalah kamu dikembalikan.
29. Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
F. Penciptaan Manusia dan Penguasaannya di Bumi.
30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para mallaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan Khalifah di muka bumi." Mereka berkata: " Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
31. Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada para malaikat, lalu berfirman: " Sebutkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu memang orang yang benar!"
32. Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."*
* Hakim ialah yang mempuyai hikmah. Hikmah ialah penciptaan dan penggunaan sesuatu sesuai dengan sifat dan faedahnya. Di sini diertikan sebagai 'Maha Bijaksana' kerana dianggap paling mendekati erti hakim.
33. Allah berfirman: "Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama benda-benda ini!" Maka setelah diberitahu kepada mereka nama benda-benda itu, Allah berfirman: " Bukankan sudah Aku katakan kepadamu bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat:"Sujudlah* kepada kamu Adam!" Maka sujudlah mereka kecuali Iblis, dia enggan dan takbur dan dia termasuk golongan yang kafir.
* Menghormati dan memuliakan Nabi Adam 'Alaihissalam bukan bererti sujud menghambakan diri. Sujud menghambakan diri adalah kepada Allah.
35. Dan kami berfirman: " Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini dan makanlah makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kamu sukai dan janganlah kamu mendekati pohon ini* yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim"
* Pohon yang tidak dapat dipastikan namanya. Sebab al-Quran dan al-Hadith tidak menerangkannya. Ada yang menamakan sebatang pohon Khuldi sebagaimana tersebut dalam surah Taha ayat 120. Tetapi itu adalah nama yang diberikan syaitan.
36. Lalu keduanya tergelincir (diperdayakan) oleh syaitan dari syurga itu* dan dikeluarkan dari keadaan asal** dan Kami berfirman: " Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan."
* Dengan tipu daya syaitan, Nabi Adam dan Hawa telah makan buah dari pohon yang dilarang yang mengakibatkan mereka dikeluarkan dari syurga dan Allah menyuruh mereka turun ke dunia. Syaitan di sini ialah Iblis yang disebut dalam surah al-Baqarah ayat 34.
** Kenikmatan, kemewahan dan kemuliaan hidup di dalam syurga.
37. Kemudian Adam menerima beberapa kalimah* dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
* Kata-kata untuk bertaubat.
38. Kami berfirman: " Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barangsiapa yang mengikut petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
39. Adapun orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
No comments:
Post a Comment