Friday, 28 September 2012

Terjemahan Al-Quran - Surah Al-Humazah

SURAH AL-HUMAZAH
(Pengumpat)
Surah ke 104
Terdiri daripada 9 ayat (Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.

2. Yang mengumpulkan harta dan penghitung-hitungkannya.*
* Mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang kerananya dia menjadi bakhil dan tidak mahu menafkahkannya di jalan Allah Subhanahu wa Taa'la.

3. Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.

4. Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah.

5. Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu?

6. (Iaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan.

7. Yang (membakar) sampai ke hati.

8. Sesungguhnya, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka.

9. (Sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

No comments:

Post a Comment