SURAH AL-TAKATHUR
(Bermegah-megah)
Surah ke 102
Terdiri daripada 8 ayat ( Makkiyyah)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
1. Perbuatan bermegah-megahan dan berlumba-lumba telah melaikan kamu.*
* Bermegah-megahan dalam soal banyak anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan.
2. Sampai kamu masuk ke dalam kubur.
3. Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui ( akibat perbuatanmu itu)
4. Kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui.
5. Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti.
6. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim
7. Kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri.*
* Ainul yaqin ertinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.
8. Kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan ( yang dikecapi di dunia itu).
No comments:
Post a Comment